Thursday, January 21, 2010

Jauhkan diri anda



Pihak sekolah sedang berusaha untuk memperbaiki sistem pengaliran keluar air yang bertakung.

Warm up


Warm up

Ruangan Bintang Sukan Sekolah

Bagi membuat penambahbaikan terhadap blog ini, satu ruangan khas akan diwujudkan bagi memperkenalkan atlet-atlet sekolah ini sebagai pencetus semangat terhadap murid dan guru di sekolah ini. Selain itu, ruangan ini juga dapat membantu memperkenalkan sekolah terhadap pihak luar. Nantikan kemunculannya.

Reheasal Road Run


Hari ini sekolah telah menjalankan aktiviti reheasal Road run. Dengan adanya kerjasama semua pihak, program dapat dijalankan dengan lancar. tanpa sebarang masalah. Dengan adanya bantuan daripada polis trafik cawangan Seksyen 11, keselamatan lalulintas peserta-peserta semasa program dijalankan adalah dalam keadaan yang terkawal.
Walau bagaimana pun, atas dasar keselamatan semasa menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah, terdapat juga ramai peserta yang tidak dapat mengambil bahagian hari ini. Ini kerana, kebenaran daripada ibu bapa adalah sangat perlu bagi penyertaan murid-murid terhadap aktiviti di luar bilik darjah. Adalah diharapkan agar esok pagi pererta dapat menunjukkan bakat dan mencapai kecemerlangan terhadap kejohanan ini.
Persoalannya. Rumah manakah yang bakal menang pada esok hari??? Sama-samalah kita saksikan keputusannya esok.

Program Majlis Sukan Sekolah Januari hingga Mac

Januari
  1. Kejohanan Road Run Kali Ke-3 Peringkat Sekolah
  2. Penstrukturan Organisasi dan Program Sukan Sekolah
  3. Pemilihan Atlet Pasukan Olahraga Elit
Februari
  1. Latihan Sukan Tahunan Sekolah bermula 3 Februari
  2. Program KoKurikulum Mingguan bermula
  3. Pemilihan Atlet Pasukan Bola Baling Elit
  4. Pemilihan Atlet pasukan Bola Jaring Elit
  5. Pemilihan Atlet Pasukan Bola Sepak Elit 
Mac
  1. Latihan Sukan Tahunan Sekolah
  2. Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana

Identiti Minggu Ini


Nama Guru : Cikgu Mohd Haizul Bin Yaacob
Umur           : 29 Tahun
Jawatan      : Penolong Setiausaha Sukan Sekolah (Sesi Petang-Tahap 1) dan Jurulatih Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Lain-Lain    : Jurulatih Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Petaling Perdana, Olahraga, JK Teknikal Bola Sepak MSSD Petaling Perdana, Pemegang Sijil Asas Bola Sepak AFC, Pemegang Sijil Pegawai KOAM

Perbelanjaan Berhemah

Dengar cerita, Kementerian Pelajaran kekurangan dana bagi tahun 2010. Ini memberi kesan yang agak besar kepada sekolah bagi memastikan perbelanjaan secara berhemah bagi mengurangkan perbelanjaan secara berlebihan.
Kesan daripada ini, banyak program diperingkat MSSM terpaksa dibatalkan dan memberi ruang kepada sukan lain dijalankan sehingga ke peringkat MSSM.
Kesan-kesan lain yang timbul berkemungkinan adalah pengurangan jumlah penyertaan murid terhadap program di peringkat daerah dan negeri. Pihak sekolah akan cuba bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Reheasal Kejohanan Road Run


Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis)

Sebelum kejohanan sebenar dilaksanakan. satu larian percubaan akan diadakan bagi penstrukturan semula sekiranya mempunyai apa-apa masalah yang timbul. Walau bagaimana pun, aspek keselamatan perlulah diambil kira bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Guru-guru yang terlibat akan mengambil langkah-langkah yang positif bagi mengawal dan memastikan perjalanan aktiviti hari ni berjalan lancar

Tuesday, January 19, 2010

Kejohanan Olahraga Mssd Petaling Perdana 2010

Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana akan dijalankan pada 1 hingga 4 Mac, 8 hingga 10 Mac 2010 di Stadium Panasonic, Seksyen 21 Shah Alam. Pemilihan atlet bagi sekolah aku seperti yang aku rancangkan iaitu pada Khamis, 28 Januari 2010. Rasanya tahun ni aku terpaksa mengurangkan jumlah atlet. Mungkin seramai 2 quartert relay je kot

TID SSN Ke-2

Satu ujian TID spesifik olahraga akan dijalankan pada 23 Jan 2010 ini bagi pengambilan kedua kemasukan ke Sekolah Sukan Selangor. Penyertaan seramai 17 orang telah dikenalpasti. Walau bagaimanapun, adalah diharapkan agar peserta yang mengambil bahagian mempunyai kebolehan yang tinggi bagi memberi saingan pada musim 2010 ini.

Latihan Road Run 2010


Sempena dengan Kejohanan Road Run Kali Ke-3, SK Raja Muda, latihan bagi kejohanan ini dijalankan selama 2 minggu bermula 11 Jan hingga 20 Jan 2010. Kawasan latihan adalah di sekitar kawasan Seksyen 4, Shah Alam.
Jadual latihan adalah seperti berikut:
Isnin - Rumah Biru
Selasa - Rumah Kuning
Rabu - Rumah Hijau
Khamis - Rumah Merah

Reheasal akan diadakan pada hari Khamis 21 Jan 2010 dan kejohanan sebenar akan dijalankan pada 22 Jan 2010 (Jumaat).

Semoga peserta-peserta dapat menunjukkan bakat masing-masing pada kejohanan yang bakal tiba.